18 June 2012

Laungan pengemis bahasa.

Aku bukan panglima.
Membimbit keris ke mana saja.
Memaku tanjak sentiasa di kepala.
Aku cuma hamba pada dunia yang hiba.

Suaraku tak semegah laungan pengkaji bahasa.
Yang ada hanya pena dan carikkan kertas.
Mendakwat setiap huruf yang membentuk.
Mengotori setiap selekoh bicara.

Maaf, bulatan ini tidak boleh di acu dengan segi empat.
Ia sudah tepu dimamah waktu.
Jangan cuba dilentur, pasti hancur.
Biar aku cari persimpangan lain di depan sana.

2 comments:

  1. Lara hatiku membaca.
    Bakat yang ada dipendam sahaja.
    Rasa ingin menyekeh kepala.
    Nasihat diberi tidak diguna.

    Argh! Stress.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih.
      itu sahaja.

      Delete