26 March 2012

Ratu dan si mukapecah.

Ya. Topik hangat2 tahi ayam yang sering dipersoalkan pada zaman separa modenisasi (bagi Malaysia) ini. Satu haba yang memanaskan telinga sehingga menyebabkan hati pemburu wanita bertaraf hotsetap menggelegak. Pemburu itu termasuk aku. Heh.

Pada mulanya memang macam, "Apa bangang perempuan tu. Buta ke apa ? Balak muka pecah, sial" ataupun, "Mat rempit tu pakai minyak pengasih la tu sampai awek tu sangkut kat dia". Yelah, kau bayangkan kalau dah macam langit dan bumi, mana lah orang tak fikir macam tu. Maklumlah, pemikiran kita ni masih di takuk lama. Ops, saja terlepas. Heh. Benda2 tahyul memang akan bersarang dalam otak masing2. Samada kau taksub atau tak, itu kau pilih.

Berbalik kepada topik. Fenomena ini memang tak di jangka. Aku pun tak tahu dari mana datangnya. Nak kata macam cendawan, cendawan sedap weh. Tapi itu la. Semuanya berasal dari siri masing2.

Beberapa langkah awal aku rancang agar aku tidak kecewa dan terus ditimpa kecewa. Pelbagai pendapat aku dapat. Pandangan dari pelbagai sudut. Dan akhirnya, aku tahu sebab apa. Yess.

*dah macam rumusan pulak aku rasa. -.-"

Mengikut telinga aku bedasarkan apa yang ia kerap dengar, perempuan ni suka dengan orang yang pandai jaga mereka. Mereka rasa selamat bila ada orang yang berdampingan dengannya. Lagi2 yang kelakar, penyayang dan semestinya itu lelaki.

Mungkin kerana mereka tak boleh lagi nak cari yang hensem, kaya, anak dato, sebab lelaki makin pupus. Jadi mereka membesarkan lagi ciri2 serta syarat2 suami yang mereka perlukan. Puncanya, kaum mereka semakin ramai dari cucu adam. Dan aku mewakili kaum lelaki berasa amat esotik.

Aku makin teruja sekarang. Sebab aku memang tak boleh nak jual rupa. Kalau perangai tu masih boleh di paparkan. Heh. Dahla. Nak cari orang perlukan jagaan ni.

Bye !

1 comment: