16 January 2018

Rindu nak borak macam dahulu.
Awak banyak ilmu.
Teringin nak berhubung selalu.
Awak aku rindu.
Bukan tidak berani.
Belum ada alasan untuk sedapkan hati.

28 December 2017

23 December 2017

FN 2.

Sesungguhnya saya jatuh cinta siang tadi
Sesungguhnya dengan dia yang tidak tidak pernah menyukai
Apatah lagi menyedari
Keberadaan saya yang cuma sebuah memori

Ia indah pada mulanya
Membayangkan getaran suaranya
Itu sudah cukup buat saya semakin cinta
Dengan tidak memperdulikan langit dengan jalan raya
Dengan memperjudikan nasib yang sulit pada jelita dunia

Entah bila saya bisa bertemu nyata
Merenung lenggok bibir bicara
Suara yang istimewa
Moga tidak terpadam sebelum nyawa
Dan sesunggunhnya saya masih lagi jatuh cinta

20 December 2017

Hancur.

Untuk pengetahuan, saya dalam kekeliruan
Apa saya sudah mengenal tuhan
Atau perkenalan ni pada laluan yang bukan bukan
Seronok bila tahu sayalah punca
Menjengkelkan bila dikhianati sosok yang sama
Saya adalah saya
Bukan ada dua
Dan saya bukanlah saya
Saya tuhan punya
Saya yang bertengkar dengan tuhan
Digerakkan tuhan untuk bertengkar dengan tuhan
Saya mana ada kuasa
Semuanya Dia punya
Tadah atau layan sehingga mencapai bahagia
Seperti yang diraikan oleh lain manusia
Bukan, bukan manusia
Seperti keraian haiwan sepanjang dikurnia nyawa.

06 November 2017

Minta perhatian.

Perhatian perhatian
Saya tidak minta untuk diperhatikan
Tidak juga saya pinta keperihatinan
Tiba tiba saya rasa tergugat
Mendengar saya memerli saya pekat pekat
Mungkin saya mahukan perempuan
Yang tidak sedar yang dia itu mempersonakan

30 October 2017

Salah.

Dan tiap malam keroncong berdendang
Liuk lentok melagukan hati yang tidak tenang
Maka berkata katalah suara kedua dalam jiwa
Mengapa hari hari mendatang semakin celaka
Datang diam membunuh waktu
Keroncong tidak lagi terdengar merdu
Mereka bilang salahkan diri sendiri
Lalu carilah ia di dalam mereka
Diri yang bersalah ditatap dalam dalam
Akhirnya bertemu tuhan segala punca
Ditolak ke atas kerana kalam
Melambung berfikir
Menjunam salahkan diri
Berputarlah ia atas nama takdir
Sampai mati